Archive for the ‘Tazkirah’ Category

Doa Adalah Ibadah

Masjid China

Gambar : Masjid Mlau Hiasi di Ningxia China

Diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir radiallahuanhu, bahawa Rasullullah SAW bersabda : “Doa itu adalah ibadah”. Lalu baginda membaca firman Allah SWT yang bermaksud, “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina-dina”. Surah Al-Mukmin, Ayat 60.

Rasullullah SAW membaca ayat tersebut setelah mengatakan (doa itu adalah ibadah), menunjukkan bahawa firman Allah SWT (menyombongkan diri dari menyembah-Nya) adalah menyombongkan diri dari berdoa kepada-Nya. Maka barangsiapa yang tidak menghadap kepada Allah SWT dengan doa untuk menghalau bencana dan menolak keburukan atau untuk mencari manfaat dan meraih kebaikan, bererti ia telah menyombongkan diri dari beribadah kepada Allah SWT. Adapun orang-oang yang menyombongkan diri dari menyembah Allah SWT akan masuk ke dalam neraka Jahannam dalam keadaan hina dina. Dengan demikian menunjukkan bahawa doa itu adalah ibadah dan meninggalkan berdoa kepada Allah SWT bererti kesombongan. Maka alangkah buruknya kesombongan ini, bagaimana seseorang hamba itu boleh menyombongkan diri dari berdoa kepada pencipta dirinya dan pemberi rezekinya, malahan pencipta dan pemberi rezeki alam semesta ini, yang dapat menghidupkan dan mematikannya serta yang memberikannya pahala dan seksaan. Kerana itu, tidak diragukan lagi bahawa kesombongan ini merupakan gejala kegilaan atau bibit-bibit pengingkaran nikmat. Sekian untuk renungan dan ingatan kita bersama.

Advertisements

Wudhuk Zahir Batin

2290941737_05386ef96f_mWUDHUK ZAHIR DAN BATIN

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya.  Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang
khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih
ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang
khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim
Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan
solat?”

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan
batin.”
Isam bertanya, “Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? ” Hatim
berkata,”Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota
wudhuk dengan air”.

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ‘ )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.”

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian  aku pergi ke masjid, aku kemaskan
semua anggotaku dan menghadap kiblat.  Aku berdiri dengan penuh
kewaspadaan
dan aku rasakan”:

1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka disebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku,dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas
    titian Siratal mustaqim dan menganggap bahawa solatku kali ini
adalah
    solat terakhir bagiku,kemudian aku berniat dan bertakbir dengan
baik.

Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk
dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan
aku
memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang
kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Beer Halal ??

istakSyarikat Iran mahu buka kilang bir tanpa alkohol
Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Rasulullah SAW pernah memberi amaran keras kepada umatnya berkenaan gejala mengikut, meniru atau melakukan budaya asing melalui sabda Baginda bermaksud: Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia turut termasuk bersama golongan itu

. (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

***
Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
najib.daud@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Mei – Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama ‘Istak’ dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.

Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.

Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya.

“Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran.

Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman.

Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara.

Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia.

Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini.

“Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia,” katanya.

Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan, Istak akan dieksport ke Indonesia, Thailand, Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.

Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan.

Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang,, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.

 

 

1. sanggupkah anda makan daging ayam disembelih tapi dibentuk menyerupai babi?
2. bolehkah anda sambut aidilfitri tapi memakai baju santa claus?
3. mengapa dibotol arak halal menyerupai arak haram? tak terkeliru ke dgn arak haram?

Merokok Tiada Manfaatnya Melainkan Mudharat

Rokok
Pengenalan:-
Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok telah diperkenalkan secara menyeluruh termasuk ke dunia Islam oleh penjajah Barat yang beragama Kristian dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.

Hari ini merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing terutamanya yang dipaparkan melalui media massa ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Hadith Rasullullah s.a.w. :-

1. “Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin” ( Al-Bukhari & Muslim)
2. “Bukan dari golongan kita siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani” (At-Termidzi)
3. “Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum maka dia terkira dari golongan itu” (Abu Daud)

Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta):-
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut  Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut.Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT),racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati dan banyak lagi. Bagaimanapun racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin seperti najis dadah heroin  amfetamin dan kokain bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan.Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian… tolerans dan tarikan adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah.Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah… sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok meninggalkan tabiat itu untuk selamanya kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir 1/4 mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia sakit jantung merupakan penyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang ke 4…

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru,saluran penghadaman,saluran darah, jantung,organ pembiakan sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling:-
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini.  Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus menyebabkan bronkitis penyakit di bahagian paru paru.Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus,perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin bukan saja memberi sifat ketagihan malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini dalam jangka panjang akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari,migrain,sakit kepala,pedih ulu hati,kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan.Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :-
– Melahirkan bayi yang kurang berat badan.
– Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan.
– Lebih terdedah kepada kanser.
– Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal.

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :-
– Lebih mudah mendapat lelah.
– Mendapat jangkitan paru-paru.
– Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu.
– Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak.

Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok:-
Di Malaysia merokok menyumbang kepada lebih 10000 kematian setahun 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser iaitu paru-paru, mulut,esofagus,tekak,pankreas, pundi kencing,buah pinggang,serviks, kolon dan perut. 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25% masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin lebih 100 000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Faedah Berhenti Merokok:-
– Hidup lebih lama.
– Dapat menghindari racun.
– Dapat melindungi diri keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok.
– Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak.
– Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat.
– Meningkatkan deria rasa dan bau.
– Gigi lebih putih dan nafas lebih segar.
– Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok:-
– Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok.
– Yakinkan diri.
– Buat nota peringatan.
– Katakan pada diri anda… “Aku bukan perokok”
– Tumpukan pada hari ini.
– Sentiasa berfikiran positif.
– Dapatkan sokongan.
– Lawan keinginan untuk merokok.
– Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai.
– Amalkan Petua 8M untuk berhenti merokok.

Petua 8M:-
1. Melengahkan nyalaan api.
2. Menarik nafas panjang.
3. Minum air.
4. Membuat sesuatu.
5. Mengunyah sesuatu.
6. Mandi dan basuh tangan.
7. Melakukan senaman.
8. Memohon doa.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

 


Tahukah anda?

Tahukah anda mengamal minum secawanair teh “O” setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan). Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:

1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam  badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak  gemuk. 

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit… (susah nak kena sakit). 

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia  boleh mengelak dari sakit pening @ migrin. Ini terbukti oleh para saintis y! g membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi  darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita  makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di manadalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan > ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, InsyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Masya Allah

Jangan silap guna ucapan Masya Allah.
Didapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz ‘MasyaAllah’ ketika berada dalam situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh terlihat gambar-gambar yang tidak elok atau bila anak-anak kita buat perangai nakal. 

Sebenarnya istilah ‘MasyaAllah’ bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG.
Mengikut buku ‘What Do We Say’ by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah ‘MasyaaAllah’ bila kita melihat ‘something nice’ seperti melihat bayi/kanak-kanak yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya.  

  Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah ‘Astagfirrullahhalazim’ (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun ‘Innalillah’ (Kepada Allah kita kembali).

Moga ada manfaatnya.