RFC ke Arab Saudi

rfc-arab-saudiRADIX Fried Chicken (RFC), restoran makanan segera milik penuh Bumiputera yang menghidangkan ayam goreng, bakal menembusi Arab Saudi menjelang akhir tahun ini dengan pembukaan cawangan restoran di negara terbabit.

RFC yang juga anak syarikat HPA Industries Sdn Bhd, peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera dan terkenal dengan produk Kopi Radix di negara ini, yakin restoran makanan segera itu dapat diterima bukan saja oleh rakyat negara ini, malah antarabangsa khususnya negara Islam kerana menyajikan makanan berkhasiat dan halal.

Eksekutif Bahagian Pembangunan Perniagaannya, Sharifah Roziah Syed Tahir Jalaluddin, berkata ketika ini RFC mempunyai tiga cawangan di utara tanah air, khususnya Kedah dan merancang membuka sekurang-kurangnya 200 cawangan dalam tempoh lima tahun.

Menurutnya, RFC yang baru memulakan operasi di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah, pertengahan tahun lalu menerima sambutan menggalakkan sehingga operasi restoran itu dilanjutkan kepada 24 jam sehari dan membuka cawangan di kawasan terdekat untuk jualan pandu lalu.

Katanya, ketika ini RFC sedang dalam proses mengukuh perniagaan dan mematangkan khidmat di bahagian utara sebelum mengembangkan perniagaan ke seluruh negara.

“Kami mendapat permintaan di Arab Saudi kerana kami menawarkan makanan segera halal, sejajar dengan populasi penduduknya yang beragama Islam.

“Selepas Arab Saudi, kami mungkin meneroka negara lain yang majoriti penduduknya beragama Islam, termasuk Indonesia. Kami sudah mempunyai pejabat bagi mengedarkan produk di sana menerusi PT HPA Nusantara.

“RFC alternatif kepada penggemar makanan segera, tetapi mahukan makanan berkhasiat kerana bahan yang kami gunakan adalah organik dan berasaskan herba,” katanya.

Menurut Sharifah, RFC dibina di atas pelaburan HPA dan berkonsepkan perkongsian sistem mudharabah antara RFC dengan pemodal dengan setiap pelaburan untuk sesebuah RFC ialah RM1.5 juta.

Mengikut sistem itu, RFC bertindak sebagai pihak yang mengurus modal dan pentadbiran manakala pemodal bertindak sebagai penyumbang modal saja dengan nisbah keuntungan yang ditawarkan 50:50 antara HPA dan pemodal.

HPA ialah antara MLM terbesar di Malaysia sekarang dengan mempunyai lebih 500,000 ahli. Antara produk utama mereka ialah Kopi Radix yang kini antara kopi herba segera paling laris di negara ini.

Sumber : Harian Metro 14 Mei 2009

HPA4u- Alhamdulillah atas pemberian Allah yang tidak putus-putus ini. Didoakan moga perniagaan HPA ini akan terus maju untuk kebaikan ummah sejagat. Marilah kita terus tingkatkan sokongan kita kepada HPA. Kepada yang belum menyertai keluarga besar HPA, silalah berbuat segera dan sokong barangan keluaran umat Islam ini.

One response to this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: