Archive for the ‘Berita HPA4u’ Category

Hotel El-Zahra Inn Akan Dibuka

hotel hpa

InsyaAllah akan siap sepenuhnya dalam masa seminggu lagi. Majlis pelancaran akan diadakan berkemungkinan dalam bulan 6 selepas jemaah umrah HPA Ilham Holiday pulang daripada umrah. Umrah kali ini ialah seramai 75 orang akan bertolak pada minggu hadapan bersama dengan GM en Fisol Abdul Rahman, En Jafri (pengurus Ilham) dan para PJS seperti Hjh Syarifah Sulaiman dll. Kami juga mohon Doanya semoga Hotel El zahraa berjaya menjadi contuh Islamik hotel di Sungai Petani. Amin.

Sumber : Blog PU

HPA4U : Alhamdulillah hotel yang ditunggu-tunggu akhirnya akan dibuka sedikit masa lagi.

RFC Satu Alternatif

RFC satu altenatif.

Selain daripada KFC kini muncul pula RFC yang memberikan pilihan yang sangat menarik pada massa.Restoran yang dimiliki oleh HPA merupakan tonggak kebangkitan produk halal yang disokong oleh 400,000 orang ahli-ahlinya.Sesuatu yang menarik ialah sumber bekalan ayamnya di ambil daripada HPA farm yang telah bertungkus lumus menghasilkan ayam halal dipasaran.Bermula daripada penyediaan makanan ayam yang halal,bebas dari penggunaan antibiotik,bebas dari penggunaan beta agonist(enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah kita menyediakan makanan yang siap dimakan.

RFC Alor Setar dirasmikan pada 7hb Feb 2009

RFC menggunakan radix cola sendiri menggantikan coca-cola dan rempahan yang digunakan untuk menghasilkan ayam RFC juga diproses dengan resepi tersendiri.Chili sos,tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Jejawi Sematang Perlis.

Apa yang menarik ialah ahli-ahli yang makan di RFC akan diberi nilai mata (NM) sesuai dengan peniagaan MLM HPA.Manakala restoran RFC pula akan di “franchise” kepada ahli-ahli HPA yang berminat

Modal: RM 1.5 juta, rujuk syarat-syarat http://hpa.com.my/rfc/tips.htm

Menjelang tahun 2010 RFC berhasrat mempunyai 20 rangkaiannya diseluruh malaysia.InsyaAllah.

Mereka yang berminat boleh hubungi 0135309717 (Hj Fisal)untuk pertanyaan lanjut.

TK kepada semua ahli HPA.

Sumber : Blog PU HPA

HPA4u-Jom pi makan RFC. Rasa lagi sedap dan berkhasiat pulak tu. Halal sudah semestinya.


RFC ke Arab Saudi

rfc-arab-saudiRADIX Fried Chicken (RFC), restoran makanan segera milik penuh Bumiputera yang menghidangkan ayam goreng, bakal menembusi Arab Saudi menjelang akhir tahun ini dengan pembukaan cawangan restoran di negara terbabit.

RFC yang juga anak syarikat HPA Industries Sdn Bhd, peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera dan terkenal dengan produk Kopi Radix di negara ini, yakin restoran makanan segera itu dapat diterima bukan saja oleh rakyat negara ini, malah antarabangsa khususnya negara Islam kerana menyajikan makanan berkhasiat dan halal.

Eksekutif Bahagian Pembangunan Perniagaannya, Sharifah Roziah Syed Tahir Jalaluddin, berkata ketika ini RFC mempunyai tiga cawangan di utara tanah air, khususnya Kedah dan merancang membuka sekurang-kurangnya 200 cawangan dalam tempoh lima tahun.

Menurutnya, RFC yang baru memulakan operasi di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah, pertengahan tahun lalu menerima sambutan menggalakkan sehingga operasi restoran itu dilanjutkan kepada 24 jam sehari dan membuka cawangan di kawasan terdekat untuk jualan pandu lalu.

Katanya, ketika ini RFC sedang dalam proses mengukuh perniagaan dan mematangkan khidmat di bahagian utara sebelum mengembangkan perniagaan ke seluruh negara.

“Kami mendapat permintaan di Arab Saudi kerana kami menawarkan makanan segera halal, sejajar dengan populasi penduduknya yang beragama Islam.

“Selepas Arab Saudi, kami mungkin meneroka negara lain yang majoriti penduduknya beragama Islam, termasuk Indonesia. Kami sudah mempunyai pejabat bagi mengedarkan produk di sana menerusi PT HPA Nusantara.

“RFC alternatif kepada penggemar makanan segera, tetapi mahukan makanan berkhasiat kerana bahan yang kami gunakan adalah organik dan berasaskan herba,” katanya.

Menurut Sharifah, RFC dibina di atas pelaburan HPA dan berkonsepkan perkongsian sistem mudharabah antara RFC dengan pemodal dengan setiap pelaburan untuk sesebuah RFC ialah RM1.5 juta.

Mengikut sistem itu, RFC bertindak sebagai pihak yang mengurus modal dan pentadbiran manakala pemodal bertindak sebagai penyumbang modal saja dengan nisbah keuntungan yang ditawarkan 50:50 antara HPA dan pemodal.

HPA ialah antara MLM terbesar di Malaysia sekarang dengan mempunyai lebih 500,000 ahli. Antara produk utama mereka ialah Kopi Radix yang kini antara kopi herba segera paling laris di negara ini.

Sumber : Harian Metro 14 Mei 2009

HPA4u- Alhamdulillah atas pemberian Allah yang tidak putus-putus ini. Didoakan moga perniagaan HPA ini akan terus maju untuk kebaikan ummah sejagat. Marilah kita terus tingkatkan sokongan kita kepada HPA. Kepada yang belum menyertai keluarga besar HPA, silalah berbuat segera dan sokong barangan keluaran umat Islam ini.

Cawangan HPA di Hotel De Palma Ampang.

allhpaproducts
Kita memilih hotel ini kerana mereka menjadikan hotel ini sebagai hotel syariah pertama di Malaysia.Kita wajib memberikan sokongan agar hotel ini menjadi kukuh seperti hotel – hotel yang lain.Kukuh dengan syariat Islam itulah misi kita .Kita mahu berniaga dengan mereka kerana Allah tanpa meletakan syarat kerana mereka sanggup mengubah pandangan masyarakat agar percaya kepada perhotelan syariah.
InsyaAllah cawangan HPA akan siap pada awal Jun 2009 ini di lobby hotel de Palma.Kita membuka cawangan bagi tujuan menyampaikan maklumat produk halal kepada masyarakat yang berkunjung ke hotel.Sama misi dengan hotel de palma,kita jadi pelengkap kepada keperluan halal yang dicari .Usaha untuk menyampaikan produk halal ketangan pengguna terus giat dijalankan melalui rangkaian niaga yang semakin berkembang.Amin.

Sumber : Blog PU HPA 

HPA4u – Alhamdulillah syukur dengan perkembangan ini. Moga akan ada lagi hotel-hotel yang akan menjalinkan kerjasama dengan HPA pada masa hadapan. Biarlah produk HPA akan lebih mudah tersaji kepada masyarakat biarpun di mana mereka berada.

Kadar sewa bilik di hotel De Palma.

AMPANG DE PALMAHasil Usahasama antara HPA dan rangkaian Hotel De Palma ,kini pehak hotel telah menawarkan beberapa insentif khas kepada ahli-ahli HPA dengan potongan antara 25 – 50% daripada harga asal.Hotel-hotel De Palma adalah seperti berikut:-

1. Hotel De Palma Ampang
2. Hotel De Palma Shah Alam
3. Hotel De Palma Sepang
4. Hotel De Palma Kuala Selangor.

Insentif kedua pula untuk pakej- pakej kursus seperti PIC,KPJ dan PBC juga akan mendapat potongan harga yang sangat menarik.Pehak pengurusan HPA menyifatkan usahasama ini sebagai satu lagi kejayaan HPA dalam melebarkan jaringan peniagaanya dengan pelbagai pehak untuk kemudahan ahli.

Satu contuh insentif yang diberikan di Hotel De Palma Ampang kepada ahli HPA ialah seperti berikut:-

1. Bilik Superior harga Asal RM320.00 harga ahli HPA RM145.00
2. Business harga asal RM365.00 harga ahli HPA RM170.00
3. Junior Suite harga asal RM465.00 harga ahli HPA RM260.00
4. Executive Suite harga asal RM650.00 harga ahli HPA RM350.00
5. De Palma Suite Harga asal RM800.00 harga ahli HPA RM400.00

Kadar harga ini juga berubah mengikut lokasi hotel-hotel tersebut. Sila dapatkan pamplet khas dari cawangan yang berhampiran sedikit masa lagi. Jangan lupa menunjukan kad ahli apabila menginap di hotel-hotel tersebut.

InsyaAllah , ke “Arah Menguasai Pasaran Global”.

Sumber : Blog Pengarah Urusan HPA

Ulasan HPA4u – Ini adalah satu lagi bukti bahawa perniagaan HPA semakin diterima oleh semua sehingga ada pihak lain sangup menjalinkan hubungan dgn HPA. Menyertai HPA bermakna menyertai satu keluarga besar di mana banyak manfaatnya boleh dikongsi bersama. Ekonomi & silaturrahim dapat dipertingkatkan. MLM HPA bukan sekadar ada produk yang boleh dijual atau digunakan sendiri malah ada rangkaian restoran yang semakin bertambah cawangannya. HPA juga bakal ada hotelnya sendiri selain kerjasama dengan hotel-hotel lain.
Marilah sertai keluarga besar HPA


HPA Indonesia

Indonesia_Jakarta

HPA mahu kuasai Indonesia

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera terkemuka di Malaysia yang terkenal dengan produk Kopi Radix, mensasarkan untuk muncul syarikat MLM terbesar di Indonesia dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan melancarkan program Groom Big.

Program itu dilancar sebaik termeterai usahasama antara HPA yang beroperasi sejak 1997 dan berpangkalan di Jejawi, Perlis dengan ahli kongsi di Indonesia untuk mewujudkan syarikat dikenali PT HPA Nusantara yang dilancarkan di Jakarta pertengahan April lalu.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata HPA yang disahkan sebagai MLM (MLM) Syariah pertama di Malaysia pada Februari lalu, mula bertapak di Indonesia sejak tujuh tahun lalu di bawah nama PT Wahida dengan pengurusan syarikat itu dikendalikan pihak di Indonesia.

Bagaimanapun, katanya, dengan pembukaan PT HPA Nusantara, operasi syarikat akan diletak secara terus di bawah pengurusan HPA Malaysia, tetapi dibantu tenaga kerja dari Indonesia

“Perkara utama dalam program Groom Big ini untuk mengerakkan MLM HPA Nusantara sama seperti HPA di Malaysia dengan menghantar sebanyak mungkin produk kita yang kita berjumlah lebih 200 (produk) ke negara itu selain memastikan ‘killer product’ (produk utama) seperti Kopi Radix tidak terputus bekalan.

“Perkara kedua mewujudkan lebih banyak ‘cabang’ (cawangan) HPA Nusantara di Indonesia yang kini hanya berjumlah lapan iaitu dua di Jakarta dan masing-masing satu di Bandung, Jogjakarta, Makassar, Medan, Palembang dan Surabaya.

“Sasaran kita ialah lebih daripada 150 cawangan dengan mengambil kira keluasan dan kepadatan penduduk Indonesia yang kini berjumlah lebih 250 juta” katanya.

sumber: hmetro 4 mei 2009
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Bisnes/20090504050104/Article/index_html

 

Ancaman Bahaya Flourida

flouride

APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai “ubat baru yang tidak diluluskan” kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai “ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan” disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

flouride1

KES MAHKAMAH
Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah “Dental Fluorosis” (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

PENYELIDIKAN AWAM
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia.”

 

AMARAN & PANDUAN
Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:

“WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY.”
/
“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS  YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”

leaflef_ancaman_bahaya_fluorida

Klik sini untuk muat turun phamplet.

Klik sini untuk ke laman PPIM